Keputihan wanita dan solat

Salam buat semua,

Hari ini saya sekadar ingin berkongsi tentang Keputihan wanita dan solat, persoalan serta jawapan dari segi sudut agama. Rujukan IslamGRID :



Soalan
Keputihan merupakan masalah yang sering dialami oleh wanita. Adakah keputihan itu najis? Apakah hukum jika wanita solat tanpa menyucikan keputihan yang terdapat pada anggota dan pakaiannya?

Jawapan
Cecair jenis ini adalah najis dan perlu dibasuh sebelum solat.
Oleh itu, jika ia tidak dibersihkan sebelum solat didirikan, ini bermakna solat tersebut dikerjakan dengan membawa najis di badan dan hal ini akan menyebabkan solat yang dikerjakan adalah terbatal kerana tidak memenuhi syarat sah mengerjakan solat (suci daripada najis dan hadas).
Dari itu, kepada kaum wanita yang mengalami masalah ini perlu membersihkan dirinya dan pakaiannya sebelum mendirikan solat. Jika tidak, solat yang didirikan adalah tidak sah. Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment