Pernah tak rasa sakit ketika buang air kecil?

Bagaimana keputihan boleh membawa kepada jangkitan pada saluran kencing (urinary tract infection)?

Adakah sebelum ini anda pernah mengalami sakit ketika membuang air kecil?

Dan air kencing berwarna agak keruh dan kotor?

Jika jawapannya adalah “Ya”, maka itu bermakna anda pernah mengalami jangkitan pada saluran kencing. Biasanya wanita hamil adalah berisiko tinggi untuk terkena jangkitan pada saluran kencing ini. Ini kerana wanita hamil adalah golongan yang mudah dijangkiti bacteria.

Satu kajian yang dijalankan oleh American Journal Of Obstetric & Gynecology, menunjukkan wanita hamil yang mempunyai masalah keputihan mudah untuk terkena jangkitan pada saluran kencing. (Am J Obstet Gynecol 2002;186:916-7.)

Oleh itu kepada wanita yang hamil dinasihatkan agar menjaga kebersihan dibahagian genital dan amalkan perhubungan seksual yang bersih. Ini kerana jika berlakunya keputihan, kita khuatir ia boleh membawa kesan kepada bayi dalam kandungan.




Mungkin anda tertanya-tanya apakah itu pengamalan hubungan seksual yang bersih?

Hubungan seksual yang bersih adalah sentiasa membersih bahagian sulit sebelum ‘bersama’, elakkan penggunaan air liur ketika hubungan seksual dan membersihkan tubuh badan sebelum ‘bersama’.

Langkah-langkah berkenaan pasti dapat mengelakkan atau mengurangkan risiko untuk terkena jangkitan keputihan ini.

Baiklah, setakat ini dulu buat kali ini. Nantikan kemunculan entry pada masa hadapan. Banyak ilmu yang ingin dikongsikan bersama anda.


p/s: Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai merawat keputihan, dapatkan di laman web ini:



http://goo.gl/DrPfL


2 comments:

  1. mcm mne lak kalu waktu kencing rasa sakit n pedih...then, slpas lima mnit..bru ok...but,air kencingnya jernih...

    ReplyDelete
  2. bella saya pun mengalami masalah yg sama dengan anda dan ingin tau bagaimaana cara tuk mengatasiny

    ReplyDelete