Tips bagaimana kita dapat mengurangkan keputihan yang sering kita alami.

Seperti yang kita ketahui, keputihan ini terjadi akibat bacteria ataupun kulat. Jadi banyak perkara yang menyumbang kepada pertumbuhan bacteria dan kulat dalam vagina kita.

Tetapi ada caranya bagaimana untuk kita mengurangkan kepuithan yang dialami. Malah dengan tip yang diberikan ini dapat mengelakkan diri anda daripada ‘terkena’ keputihan.

Antara tip tersebut adalah:

1) Sila pakai seluar dalam jenis cotton. Seluar dalam jenis cotton ini dapat membenarkan udara memasuki ke kawasan genital anda. Selain itu ia mampu memberikan persekitaran kering dikawasan genital anda.

Kita tidak mahu kawasan genital berkeadaan lembap kerana ia mengalakkan pertumbuhan bacteria.

2) Jangan gunakan vagina douche. Kerana vagina douche mampu menggangu persekitaran pH vagina. Jika persekitaran pH vagina terganggu, bacteria mudah untuk ‘menaklukinya’.

3) Jika anda kerap kali mengalami keputihan, jangan lakukan hubungan seksual sehingga keputihan itu reda.

4) Elakkan memakai seluar yang ketat. Seluar yang ketat akan menghalang pengaliran udara dan membuatkan ia mudah lembap.

5) Gunakan kondom. Ia mampu melindungi pasangan anda daripada terkena jangkitan pada zakarnya.

6) Kadang-kadang anda akan mengalami kegatalan pada bahagian kemaluan. Jangan garu! Kerana jika anda mengarunya ia akan mengalakan lagi pertumbuhan bakteria pada kawasan yang digaru.

7) Selepas membuang air kecil. Basuh sebersihnya dengan air kemudian keringkannya dengan tisu. Jangan biarkan kawasan genital anda lembap.

Setakat ini dahulu perkongsian tentang mencegah kepuithan pada kali ini.

No comments:

Post a Comment